.

Tuesday, June 26, 2012
That your choice..
saya mintak maaf sebab buat awak rimas. Kadangkala saya sering sangat buat awak terganggu. Apatah lagi sikap saya yg banyak sangat kelemahan sampai saya sendiri taktahu apakah kelemahan yang saya takda.
Sering saya terfikir adakah dengan cintanya saya kepada awak membuatkan awak rasa bebanan yg berat di bahu awak. Saya sendiri tak dapat hurai apa yg saya tahu dari awak. Sebab saya sering sangat tersilap langkah bilamana perkara yang melibatkan awak.
Saya paham.. Awak sedang lalui masa yang sukar di sane. Saya tulis apa yang saya rasa didalam hati saya buat masa ni. Awak tahu tak dalam keadaan saya tengah sedih ni. Bilamana saya bersendirian tanpa seorang pun bertanya keadaan saya didalam keadaan saya memerlukan sokongan yang kuat dari org yg saya rasa saya berharap untuk membantu saya.
Bilamana saya rasa saya perlukan dorongan, saya baca msj-msj awak yg awak hantar. Ada yg panjang ada yang pendek. Mudah kata walaupun awak jarang nak balas msj saya. Tapi sekali awak balas. Itu dah cukup bekalan untuk saya senyum selamana mana saya mampu senyum. Saya taktahu sampai bila lagi saya mampu senyum. Saya taktahu lagi sampai bila saya ada kekuatan untuk mengukir senyuman.
Cuma saya terperasan satu perkara, dalam saya membelek mesej awak. Saya perasaan saya selalu ucap selamat malam dan bila mana saya free untuk saya luahkan rasa ambil berat saya. Saya tak salahkan awak, saya tahu awak busy dengan kije awak. saya luahkan segala perasaan ini dengan membahagiakan org lain. Buat org senyum dengan sikap 'masuk air' saya.
Saya mohon maaf andai saya banyak meminta maaf. Kerana itulah kata-kata yg saya mampu beri kepada awak. Saya tak punyai apa-apa yg sempurna untuk diberikan kepada awak. Saya hanya ada diri sendiri yang ikhlas sayangkan awak kerana Allah.
Awak jangan risau, tiada gadis yg dapat melangkaui rasa saya kepada awak. Saya ikhlas sayangkan awak. Awak ingat tak waktu awal perkenalan kita? Apa yang saya rasa kat awak? Saya masih tidak mengubah hati saya. Malah bertambah lagi adalah.
Saya mohon maaf andai apa yang saya tulis ni tak mampu membuatkan awak berubah hati, yelah..hati itu milik awak.. That your choice..
Namun satu je awak perlu ingat, andai ketika itu awak perlukan saya untuk apa perkara sekalipun. Awak nak terus terang ke, awak nak cakap apa-apa ke, awak nak ngadu apa-apa ke... Satu je awak ingat.. Saya selalu ada masa untuk awak... Insya Allah..dan saya akan sentiasa setia dengan awak dan bersama awak dalam apa jua keadaan awak..
Saya benar-benar sayang awak sangat-sangat kerana Allah.. moga jodoh itu untuk kita satu hari nanti.
Assalamualaikum awak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment