.

.

Friday, September 28, 2012

~ PeniPu yg MeNipU... ~

Jujurlah biarpun ianya pahit 

Seorang lelaki misalnya, menipu tentang peribadinya semata-mata untuk memikat seorang gadis. Dan seorang gadis pula menipu untuk menyembunyikan kekurangan yang ada pada dirinya. Tanpa disedari, satu penipuan itu sentiasa memerlukan penipuan demi penipuan yang lain agar rahsia tidak akan sesekali terbongkar. Dan akhirnya, hidup mereka ini akan dipenuhi dengan ketidakjujuran semata-mata, hingga akhirnya mereka menipu diri mereka sendiri.
Namun apabila sekali kepercayaan itu dikhianati, mampukah kita merebut kepercayaan itu buat kedua kali?

Seandainya mampu sekalipun, pasti kepercayaan kali kedua itu akan disertai dengan syak dan ragu. Mahukah kita hidup dalam syak wasangka sepanjang masa?

Mahukah kita hidup dalam keadaan orang lain sukar mempercayai apa yang kita katakan?

Bukankah terbukti di sini, kejujuran adalah asas kebahagiaan dan ketenangan jiwa?

Dan di saat itu, kasih sayang yang terbina di antara si penipu dengan mangsanya pasti akan berkubur di kaki sejarah. Syak wasangka akan mula sentiasa merajai hati. Berlaku jujurlah pada semua insan di sekeliling kita. Berlaku jujurlah pada diri sendiri. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan yang terbina, kekal menjadi milik kita hingga ke akhir nanti...


Friday, September 21, 2012

jangan bersedih wahai hati..... :(

wahai hati...jangan lah bersedih.... 

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikanlah kesedihan ini awal kebahagiaan, dan sinarkan rasa takut ini menadi rasa tenteram....

Ya Allah... dinginkan panasnya kalbu dengan salj keyakinan, dan adamkan bara jiwa dengan air keimanan....
Dalam hidup ini, kita berhak memilih apa yang kita mahukan.. tidak salah jika mahu memilih apa yang terbaik untuk kita..namun begitu pilihan Allah lah pilihan yang terbaik..

Dalam hidup ini, kita sentiasa mahukan yang sempurna..jika berkaitan dengan manusia, kita mahu yang punya rupa, punya harta, punya segalanya...tapi, sedarkah kita semua itu hanya pinjaman Allah..sekelip mata Allah boleh tarik semua itu..bila Allah kata jadi, maka jadilah ia..

Layakkah kita mendambakan kesempurnaan andai iman kita kepada Allah masih belum sempurna...layakkah kita mengejar kesempurnaan andai diri kita masih di takuk lama...layakkah kita mencari yang sempurna andai kita masih belum bersedia untuk menjadi yang sempurna..

Terimalah segala yang tidak sempurna kerana disebalik ketidaksempurnaan itu, Allah tahu apa yang terbaik, yang sempurna buat hambaNya.. mungkin disebalik ketidaksempurnaan itu, ada berbagai lagi kesempurnaan yang Allah tidak nampakkan..bersangka baik lah..insyaAllah..segala aturanNya adalah sebaik-baik aturan di alam ini....

emm...wahai hati.....tenang lah kamu..


Monday, September 17, 2012

tip mencari pasangan... :)


Assalamualaikum...


salam sejahtera,
kita sentiasa dalam persoalan mencari kebahagiaan kn?? 

Sebenarnya pasangan hiduplah yang paling besar sekali memberi kesan ke dalam kebahagiaan kita. Walau bagaimana pun, untuk mencari pasangan hidup yang mungkin memberi kebahagiaan kepada kita adalah sukar tetapi mungkin dengan tip-tip ini, anda semua boleh menggunakannya untuk mencapai kebahagiaan:

1. Calon pasangannya mesti beragama
- mestilah mempunyai kepercayaan ataupun pegangan ugama yang kuat. Lebih-lebih lagi dalam Agama Islam kerana Islam mementingkan kesejahteraan, keharmonian dan kesederhanaan. Kenapa agama penting?. Kerana jika anda memilih calon pasangan yang tiada pegangan agama yang kuat,terutama Islam, mereka cenderung melakukan sesuatu yang berdosa dan menyalahi hukum2 sosial seperti berlaku curang kerana tiada pegangan agama. Kasar kerana tidak menghormati status pasangan dan hati pasangan anda dan mungkin mencerca atau mencaci atau merendah-rendahkan pasangan anda kerana tiada rasa takut akan dosa kerana melukai hati pasangan mereka dan menghormati mereka lagi.

2. Cantik / berupa 
- tidak semestinya calon kita itu mempunyai wajah seperti pelakon atau ratu. Yang pentingnya, Dia benar2 cantik pada pandangan kita dan kita rasa tidak jemu memandangnya (setiap orang mempunyai citarasa berlainan). Ini penting untuk kebahagiaan kerana jika pasangan anda tidak jemu dipandang, ianya akan mewujudkan satu perasaan rindu pada satu sama lain dan ini menguatkan lagi ikatan satu-satu hubungan itu. Bayangkan jika satu pasangan yang saling kerinduan berjumpa, sudah tentu mereka akan serapat-rapatnua dan tidak ingin berpisah.

3. Menjaga hati
- tidak cemburu buta dan tidak kasar.Setiap calon pasangan mesti sentiasa dan berusaha menjaga hati pasangan yang lain. Carilah pasangan yang bertoleransi, lemah-lembut, baik bicaranya dan tinggi budinya. Rupa yang cantik atau tidak, jika salah satu pasangan yang dipilih adalah kasar, suka mengungkit dan berfikiran negatif, pasangan ini tidak akan bahagia kerana sentiasa ada pihak yang makan hati, terasa, tersinggung dan bermacam-macam lagi yang akhirnya mendatangkan kebencian. Jaga lidah anda walau pun marah sekalipun kerana anda mungkin akan menyebut sesuatu yang melukakan hati pasangan anda dan ada lukan yang tidak akan sembuh sampai bila-bila. Jangan mengungkit kesusahan anda atau kebaikkan anda. Jangan menuduh sesuatu tanpa bukti dan jangan berfikiran negatif. Percaya satu sama lain adalah kunci kejayaan satu-satu pasangan. Jagalah dengan cara terbaik.

4. Keluarga yang baik-baikIbu-bapa dan keluarga calong suami/isteri
- adalah cermin pada pasangan anda kerana didikan mereka. Keluarga yang memegang hukum-hukum Islam biasanya menghasilkan anak-anak yang soleh serta menghormati orang lain. Keluarga yang kasar, akan menghasilkan anak yang kasar, keluarga yang pincang, akan menghasilkan anak yang pincang dan sentiasa berfikiran negatif. Pilihlah dari keluarga yang baik-baik agar kebaikkan mereka dapat membantu anda sekali dalam mencari keredhaan.

5. Para-para calon isteri, hormatilah calon suami anda
- Wanita dilahirkan sebagai makhluk yang lemah lembut dan mampu menggegarkan dunia. Kekasaran waniata tidak dapat diterima sama sekali terutama bila bergelar isteri kerana ianya menjadi kederhakaan. Jangan tinggikan suara anda pada suami anda, api harus dilawan dengan air, panas dengan sejuk dan ego dengan kerendahan. Bukan mengatakan yang para isteri harus mengikut semua kata-kata suami, tetapi mesti berlandaskan kepada agama. Anda harus sentiasa pandai bermain kata-kata kerana lelaki memang patah dengan kata-kata wanita. Jangan sekali-kali derhaka pada suami anda, kekerasan anda akan mendatangkan bala pada anda. “Syurga di bawah tapak kaki ibu bagi anak dan suami dan syurga di bawah tapak kaki suami bagi isteri”. Jangan kerana emosi anda dan mengikut perasaan, anda terjerumus ke dalam kemurkaan dan jangan lupa, anda juga mempunyai hak untuk terus hidup, selamat dan bahagia.

Jodoh dari Maha Kuasa tetapi juga atas usaha kita

kesetiaan.... :)


Assalamualaikum semua....
sy just mahukan bhagia yang sy impikan selama ni... wahai hati....kenape susah kau nak bhagia?? itu yang sering sy fikirkan....
emm kite sering kali tengok pasangan bahagia... soo sweet kn? huhuu.. kali ni nak bercerita pasal pasangan yang bahagia..
pada suatu hari...si lelaki dan si perempuan ke taman...

si perempuam : abang...bile ek syg nak rasa bahagia mcm pasangan tu? (sambil melihat ke arah pasangan couple)
si lelaki : bukan ke kita dah bahagia sekarang?? apa ag yang syg nak?
si perempuam : sygg mmg bahagia bile ada abang..tapi...

si lelaki : tapi ape sygg??
si perempuam :  Sygg nak kan kejujuran abang... kenape abang tak jujur?
si lelaki : Abang dah jujur la sygg..abang setia ngn syg...syg tu yang selalu curang....
<kami sering kali bergaduh di sebabkan hal ini..>
si perempuam :  abang! Kenape selalu kaitkan syg bile syg ajak berbincang? Syg dh berubah abg...syg hanya nak kn abg..kesetiaan abg yg syg nak....
si lelaki : abang tahu...tapi abg susah nak percaye lagi...

si perempuam :  kenape?? syg nak abg ckap....!
si lelaki : abg tak tahu...
si perempuam :  kenape perlu teruskan hubungan ni sedangkan abg dah tak percaye kan syg??? Kenape abg?? (sambil si perempuan menagis teresak2..)
abang.... kesetaian, syg hanya utk abg....kenape susah nak percye??

si lelaki : ..senyap seribu bahasa.....

si perempuam :  kenape abang snyap?? sudah cukup ke ape yang syg tanggung selame ni... lau syg ni abg ckp x setia ngn abg...dah lame syg tggl abg..tapi sekarang soal hati ni...hati yg sygg kan abg....
si lelaki : ok..maaf..abg slh....
lalu si lelaki menghantar si perempuan pulang kerumah..bersama hati si perempuan yang parah...


moral nye.... :)

Menjaga hati, tidak cemburu buta dan tidak kasar, Carilah pasangan yang bertoleransi, lemah-lembut, baik bicaranya dan tinggi budinya. Rupa yang cantik atau tidak, jika salah satu pasangan yang dipilih adalah kasar, suka mengungkit dan berfikiran negatif, pasangan ini tidak akan bahagia kerana sentiasa ada pihak yang makan hati, terasa, tersinggung dan bermacam-macam lagi yang akhirnya mendatangkan kebencian. Jaga lidah anda walau pun marah sekalipun kerana anda mungkin akan menyebut sesuatu yang melukakan hati pasangan anda dan ada luka yang tidak akan sembuh sampai bila-bila. Jangan mengungkit kesusahan anda atau kebaikkan anda. Jangan menuduh sesuatu tanpa bukti dan jangan berfikiran negatif. Percaya satu sama lain adalah kunci kejayaan satu-satu pasangan. Jagalah dengan cara terbaik. 


Thursday, September 6, 2012

jika itu yang terbaik.....

salam...
just want to say....

hye!! i'm back...peace!...entry ni just luahan hati ku..hek3..

saya x paksa kamu... tapi saya mengharap yang terbaik.
dulu saya pernah cakap dekat kamu.
lpas tu..hilang kejap sebab penat tunggu kamu lama-lama.
tapi sekarang saya dah ada balik...
ternyata kamu juga yang saya cari..
teruk bukan perangai ni kn?..maaf...sebab..

= yang positif hanya disitu sahaja yang saya nampak sekarang...
tapi macam makin susah la..
tak tahu la kan ada cahaya atau tak kan
saya just mahu yng positif.. tak mahu yang negatif...emm jika itu yng terbaik..
sekarang waktu untuk mula pecah kepala
mungkin lagi susah untuk fikir semua tu
tak pe la..saya ada senjata..nama senjata saya doa
saya selalu guna senjata saya setiap hari
itu saja yang mampu..moga dimakbulkan oleh puncak segala harapan.
jangan biar masa berlalu begitu sahaja
kelak siapa merana,siapa terseksa..tuhan saja yang tahu....



renung2 sahaja...:)


"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Jikalau Allah berkehendak, gunung pun boleh hancur lebur, kalaupun gunung boleh hancur lebur, bagaimana tidak dengan hati manusia yang lembut?" 

ni just buat renungan sje... :) ... yg x nak renung x pyh la ehh... hihii

orang2 ad b'kata, dari mata turun ke hati. pastu turun dari hati, dia turun pi mana plak ek?? ntah la...aku pon xtaw. memang betul jugak kata orang tu, kalu kita x tengok ngan mata kita ni dulu, macam mana mata hati kita nak nampak. aku bukan nya golongan2 terpilih yg bleh dapat petunjuk dr Allah melalui mimpi2 ni. semayang pon tunggang langgang,opsss..hiihii.. ini kan pulak nak jadi orang2 terpilih camtu.jauh lagi ehh...tapi Tuhan tu Maha Kaya, Maha Pengasihani. aku mohon sangat2 diberikan petunjuk, hidayah ke jalan yg benar. amin...

so secara realitinya, manusia skang ni akan nampak ngan mata dulu, sal hati tu diorang letak tepi lu.. sebagai contoh, kt facebook, ade friend suggestion. sume yg diorang suggest tu sume nya awek2 hot, free-hair, sume cute2..so laki yg tengah boring x de keje ni pon saje2 la add, boring2 orang kata. wat cuci mata, usha 3-4 gambar, boring2 pastu delete r.  ada diorang pikir pasal hati dulu?? ada pikir awek ni keje apa, mak bapak dah pegi naik haji ke belum, adik bradik ada brapa ramai sume sebelum add kt facebook? x ad punye....