.

.

Friday, July 4, 2014

Kenangan Terindah... Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah :)

Assalamualaikum...


Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ialah sebuah Politeknik di Malaysia yang terletak di Kuantan, Pahang. Politeknik ini merupakan Institusi Pengajian Tinggi yang tertua di Pahang yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1976. Institusi ini adalah ke-7 tertua dalam senarai institusi awam dibawah kendalian kerajaan.

POLISAS mempunyai jumlah pelajar sekitar 8,396 orang pada tahun 2010. Ini menjadikannya sebuah politeknik terbesar di Malaysia. Dasar POLISAS adalah antara terbaik yang diperakui olehKementerian Pengajian Tinggi Malaysia danPertubuhan Pemiawaian Antarabangsa.

Sumber : Wikiepedia Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Gambar persekitaran polisas




Disinilah tempat iyda menimba ilmu 'LAND SURVEY' pada tahun 2011-2013. Banyak kenangan yang sukar di simpan disini. Ada yang indah dan ada yang memeritkan.

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah adalah tempat pertama yang iyda tuju selepas keluar dari kampung. Jika tidak iyda hanya duduk di kampung...hehe.. :)
Di sini iyda banyak belajar erti kehidupan, persahabatan, percintaan dan kasih sayang... *sob..sob... ;( Rindu sgt...*





Setelah 1 tahun berlalu, kenangan yang ada masih berbaki di hati... Semua itu harus dipadam kan daripada fikiran. Jatuh cinta pada insan yang salah, bertemu dengan rakan yang ambil kesempatan, menjalinkan persahabatan dengan rakan yang tikam dari belakang membuatkan iyda semakin kenal erti kehidupan.


Semua kenangan yang berlalu, walau ada yang menyakitkan, namun di sinilah tempat bermulanya iyda kenal erti kehidupan. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ada sejarahnya yang tersendiri di hati iyda... :)

No comments:

Post a Comment