.

.

Saturday, July 5, 2014

amin.. :)))

Assalamualaikum... 



YA ALLAH, Betapa pengasih dan Maha  Penyayang Kau Ya Allah....
Doa dan pengharapanku tetap kau kabulkan, kau tunaikan....
Disebalik kerisauan masalah rezeki, kau tetap selitkan bantuan & pertolongan - rezeki itu tetap ada.....
Betapa besarnya kasih sayangMu Ya Allah....

Kekadang aku tertanya, adakah cukup apa yang telah aku lakukan untuk aku membalas setiap bantuan, pertolongan, perlindungan yang telah Kau kurniakan kepadaku?

Sedangkan Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu,
Kau yang Maha Agung yang berdiri sendiri tanpa memerlukan suatu apa pun,
Kau tidak meminta-minta kepada hambaMu, sebaliknya kamilah yang sentiasa meminta-minta kepadaMu,
Kau tidak memerlukan kasih sayang dari hambaMu, sebaliknya kamilah yang akan tersesat sekiranya hilang kasih sayang dariMu Ya Allah.......



Semoga ada tercatat perkara kebaikkan disebalik setiap sesuatu kejadian.
Semoga selepas ini saya tidak silap lagi....
Semoga selepas ini saya semakin sedar & tidak mudah lalai lagi....
Semoga selepas ini saya lebih berjaya untuk dunia dan akhirat.....

Amin.......

No comments:

Post a Comment