.

.

Friday, July 1, 2011

KhasiaT teMbiKai sUsu (honeydew)

Tembikai susu merupakan buahan yang menjadi kegemaran saya, lagilah kalau dimakan ketika hari tengah panas. Sudah agak lama saya tidak menulis post mengenai khasiat buah, jadi kali ini apakata kita lihat serba sedikit khasiat buah tembikai susu ini. Buah tembikai susu dipetik bukan dari segi saiz tetapi dari segi kematangannya, jadi kalau buah tu sudah besar tetapi masih belum masak atau matang ianya tidak patut dipetik. Malah ketika anda ini membeli buah tembikai susu elakkan memilih yang masih berwarna hijau kerana ianya masih muda...

Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kita vitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida ini membantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malah vitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh dan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda...


No comments:

Post a Comment