.

.

Tuesday, June 11, 2013

PERAMPAS! tak paham kenapa wujud kau ni..!!!!!

PERAMPAS. orang ketiga yang tiba-tiba wujud dalam satu-satu perhubungan.
ada sape-sape yang pernah jadi perampas? or pernah jadi mangsa rampasan?
sekarang aku mungkin dalam situasi mangsa tapi aku pulak dituduh pemangsa.
gila punya perempuan!

perampas ni banyak maksud tapi aku nak cerita pasal perampas kebahagiaan orang.
perampas ni biasanya tak boleh nak tengok orang lain bahagia, suka menghancurkan hubungan orang lain. tak kesah la hubungan suami isteri ke, balak awek ke, BFF ke... sama je. dengki sangat tengok orang tu bahagia dengan orang yang dia sayang.

aku sebenarnya pelik kenapa dorang ni wujud. tak rase macam tak malu ke nak rampas hak orang jadi hak sendiri? siap mengaku dia bukan perampas tapi kita yang merampas. jadahnya la..

zaman sekarang ni even kawan baik sendiri pon boleh jadi peramapas; kawan makan kawan. tapi biasanya perampas ni dikalangan perempuan. lelaki jarang la kita dengar jadi perampas. yela. akhir zaman. perempuan lebih ramai dari lelaki. apa nak direbutkan sangat kat perempuan yang sorang ni kan. baik la kau cari perempuan lain. besepah-sepah lagi yang baik-baik.

apa la perasaan si perampas ni kan? bangga kot dapat merampas hak orang. "haaa aku dapat. padan muka ko tak dapat. HAHAHA.. *gelak jin pon keluar*". best la kot ye! tak fikir perasaan orang yang kena rampas ni. padahal sama kaum. sepatutnya boleh rasa perasaan orang yang kena rampas ni. rasa kesian jela tapi ko tetep merampas. prinsip tanak kalah konfem ada la dalam manusia jenis ni. peduli apa orang lain nak cakap. yang penting aku dapat. tu la gamaknya. hahahaha. aku pon tak tau la. aku tak penah rasa perasaan seorang perampas.

tak pe.
Tuhan Maha Adil dan Saksama. setiap perbuatan baik atau buruk pasti ada balasan. tak kira la on da spot dapat or ambik masa yang panjang untuk dapat balasan tu. kata orang " semua yang jadi mesti ada hikmah". kau tak kena time ni, suatu hari nanti mesti kau akan rasa sama macam apa yang kau dah buat pada orang. mungkin lagi teruk. tunggu jela. so kalo macam tu, kita just doakan hidup si perampas ni bahagia sahaja.

ni cerita pasal perampas. cerita pasal orang yang dirampas pulak. kiranya orang kedua dalam satu-satu perhubungan.

kita tak boleh nak salahkan si perampas 100%. yela. " kalau bertepuk sebelah tangan masakan akan berbunyi" betul tak? " tak kan bergoyang pokok kalau tak ada angin yang meniupnya". orang yang dirampas ni, orang kedua ni pon sama je. kalo dia ni tak melayan, ada orang ketiga ni tangkap cintan kat dia? orang ketiga jual minyak, tanpa ragu-ragu orang kedua pon test minyak. tapi minyak orang pertama still dengan dia. adil ke buat orang pertama macam tu? betul-betul mengajar orang pertama simen berinci-inci, paku dalam-dalam, gam and salotep kuat-kuat *kampung abes* dinding kesabaran dia supaya tak runtuh.

aku tak pernah pulak jadi orang kedua ni. tapi aku rasa,
dia ni tamak. tamak merebut kasih sayang. dua-dua dia nak. dua-dua dia taknak lepas. of cos yang pertama dia taknak lepas sebab orang pertama dia memang in love abes, memang tak sanggup berpisah tapi dalam masa yang sama dia taknak kehilangan orang ketiga. mungkin dah jatuh sayang sikit kot.emmm bajet pon ada jugak la. bajet hot. jadi rebutan. " kau ada orang nak rebut-rebut dapatkan kau? haa ade?" em ada orang yang sanggup gaduh, menangis, makan hati nak kan dia. sungguh tak kuat iman mereka ni. kena goda sikit, dah goyah. haish. apa la nak jadi!

eh ni opinion aku je. random. tak de kaitan dengan sapa-sapa kecuali yang tergigit cabai.

okay. now bagi pihak mangsa perampas a.k.a orang pertama.
kesian kan mereka ni jadi mangsa keadaan. apa yang dorang ni buat sampai jadi mangsa? ouh sebab taktau jaga orang yang disayangi? maacam tu ke.....

aku sekarang dalam posisi *chewwah.. da macam main bola pulak* mangsa. aku taktau apa yang aku dah buat dengan mereka-mereka tu. aku penah jadi perampas ke? macam tak pulak. taktau la pulak kalau tak perasan. sekarang ni aku sedih. kecewa. mental. plus. plus. plus. semua bercampur-campur. malas nak fikir tapi otak still berfikir. aku kena give up ke? or teruskan? or just wait and see? apa yang aku dapat nanti kalau aku tunggu? apa pulak yang aku dapat kalau terus stay? biarla masa yang tentukan.


jadi orang pertama ni sumpah aku cakap kena kuat, kena sabar. kalau dah tahap kesabaran dah macam hinggus dibibir hidung *ape punya peribahasa la*, kena buat keputusan yang sangat-sangat tepat untuk elakan diri merana. ala.. jadi mangsa keadaan ni pon dah cukup merana. setiap hari makan hati. tengok hak sendiri kena rampas. plus selalu kena serang dengan orang ketiga. betul tak? takde buat apa-apa ni tiba-tiba orang ketiga lempar ayat " dah-dah la kau. give up je. dia akan jadi hak aku jugak!". pulak dah! tak pon " kau yang rampas aku dari dia. sepatutnya dia dengan aku bukan dengan kau." haiyaaa... betul-betul mangsa kan.

serangan mental pulak " dia lepak dengan aku sekarang ni. dia gembira sangat dengan aku. dia cukup bahagia dengan aku. aku rasa kau paham kot." sekali-sekala mangsa akan moral down jugak. sapa cakap hati tak sakit? sapa cakap boleh sabar? ye memang boleh tapi makin lama makin nipis la sabar tu kan.

whateva la. malas aku nak cakap dah. *HAHA bukan malas tapi sakit hati. emo sikit di sini ye*


#KOMEN AKU#
wahai si perampas, aku just nak ingatkan, sekali kau buat macam tu kat orang 10x kau akan dapat balasan. teruk tak teruk tu bukan kerja aku.

wahai si orang tengah, orang kedua; fikir la sebelum buat sesuatu. fikir perasaan orang yang disayangi tu banyak-banyak kali sebelum menduakan dia. berdua lebih baik.

wahai mangsa-mangsa, bersabar. jangan buat benda bodoh. itu je.


***************************

emosional aku cakap pasal benda ni. maklumla tengah alami.
penat sangat jadi mangsa keadaan ni. nak kena jaga hati sendiri. nak kena sedapkan hati sendiri. hari-hari! taktau sampai bila. hmmmmm....



No comments:

Post a Comment