.

.

Friday, July 27, 2012

Jawapan Antara Cinta atau Persahabatan.Mana Lebih Penting?


Antara cinta dan persahabatan mana lebih penting??

Aku terjumpa soalan ni dekat FB and banyak orang yang komen.Ada yang jawab cinta and ada yang jawab persahabatan.Tak boleh nak buat survey sebab banyak yang jawab merepek. -..-"

Tapi bagi aku lah kan soalan ini memang takda jawapan.Sebab apa?Sebabnya soalan ini tak habis atau dalam erti kata lain tak jelas.

Jadi jawapan yang patut diberikan adalah NO Answer.Bagi aku definisi cinta tuh banyak.Cinta kepada manusia, cinta kepada Allah dan rasul and banyak lagi.So ini pendapat aku :

Kalau antara cinta kepada Allah dengan persahabatan seharusnya kita lebih katakan yang cinta tuh lebih penting berbanding persahabatan.

Kalau antara cinta kepada suami/isteri dengan persahabatan seharusnya kita lebih pentingkan cinta.

Tapi tapi kalau cinta yang dimaksudkan tuh cinta kepada manusia yang TIDAK HALAL bagi kita seharusnya persahabatan itu lebih penting.

Selalu sangat dah soalan ni ditanyakan sampai dah naik muak aku tengok soalan yang macam ni.Kalau dah ada pakwe/makwe then jawab persahabatan lebih penting alahai merajuk pula si pasangan bila tau kita jawab macam tuh.Macam tuh la sebaliknya sahabat akan terasa andai kita jawab cinta lebih penting.Ya dak?Jadi soklan ini tiada jawapannya selagi tidak ditanya dengan betul.

Jadi konklusinya antara cinta dan sahabat mana lebih penting jawapannya bergantung kepada, cinta kepada siapa yang dimaksudkan dan selepas barulah boleh ditentukan mana satu lebih penting........ 


No comments:

Post a Comment