.

.

Saturday, July 5, 2014

kHas unTuk My Best Friend.. {bila sedih dye jd peneman sy}

My Best Friend.....
fRiend foRever ek... :)





Dikala saya di landa 1001 masalah dan dugaan, dia sentiasa menasihati saya, memberi semangat, dan membuat saya tersenyum walaupun tengah memikairkan masalah yang  sering datang tanpa diundang....
mencari kawan senang,tapi tak semua manusia akan bersama kita diwaktu kita susah...
pepe pon jadi...kite kn tetap best friend yaa... :)

thanks coz be my friend...

amin.. :)))

Assalamualaikum... 



YA ALLAH, Betapa pengasih dan Maha  Penyayang Kau Ya Allah....
Doa dan pengharapanku tetap kau kabulkan, kau tunaikan....
Disebalik kerisauan masalah rezeki, kau tetap selitkan bantuan & pertolongan - rezeki itu tetap ada.....
Betapa besarnya kasih sayangMu Ya Allah....

Kekadang aku tertanya, adakah cukup apa yang telah aku lakukan untuk aku membalas setiap bantuan, pertolongan, perlindungan yang telah Kau kurniakan kepadaku?

Sedangkan Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu,
Kau yang Maha Agung yang berdiri sendiri tanpa memerlukan suatu apa pun,
Kau tidak meminta-minta kepada hambaMu, sebaliknya kamilah yang sentiasa meminta-minta kepadaMu,
Kau tidak memerlukan kasih sayang dari hambaMu, sebaliknya kamilah yang akan tersesat sekiranya hilang kasih sayang dariMu Ya Allah.......



Semoga ada tercatat perkara kebaikkan disebalik setiap sesuatu kejadian.
Semoga selepas ini saya tidak silap lagi....
Semoga selepas ini saya semakin sedar & tidak mudah lalai lagi....
Semoga selepas ini saya lebih berjaya untuk dunia dan akhirat.....

Amin.......

Syukur :)

Assalamualaikum...

Alhamdulllilah....dalam 2 3 minggu ini macam-macam perkara baik yang berlaku. Masalah-masalah yang saya hadapi mula selesai sedikit demi sedikit. Sekarang memang saya tambah yakin bahawasanya doa, tawakal, usaha datangnya harus seiring. 

Tiada masalah yang tak boleh selesai sekiranya kita usaha habis-habisan dan doa tidak putus-putus kepada Allah. Allah akan sentiasa tunjukkan jalan dan ilhamkan kepada hamba-hambaNya jalan terbaik untuk setiap penyelesaian. Jadi, jangan putus asa!


"Allah lebih tahu mana yang lebih baik untuk saya"
"Ada hikmah, rahmat disebalik setiap sesuatu"
"Dari Allah datangnya semua ujian,dugaan & dariNya juga datangnya pertolongan dan penyelesaian"

......saya cuba sedaya upaya 'buang jauh-jauh' rasa kesal, rasa kecewa, rasa marah....sedaya upaya nya saya pujuk hati ini untuk terima takdir 'kegagalan' saya dan cuba bangkit semula mencari jalan lain. DOA, USAHA, TAWAKAL.




Friday, July 4, 2014

Kenangan Terindah... Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah :)

Assalamualaikum...


Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ialah sebuah Politeknik di Malaysia yang terletak di Kuantan, Pahang. Politeknik ini merupakan Institusi Pengajian Tinggi yang tertua di Pahang yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1976. Institusi ini adalah ke-7 tertua dalam senarai institusi awam dibawah kendalian kerajaan.

POLISAS mempunyai jumlah pelajar sekitar 8,396 orang pada tahun 2010. Ini menjadikannya sebuah politeknik terbesar di Malaysia. Dasar POLISAS adalah antara terbaik yang diperakui olehKementerian Pengajian Tinggi Malaysia danPertubuhan Pemiawaian Antarabangsa.

Sumber : Wikiepedia Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Gambar persekitaran polisas




Disinilah tempat iyda menimba ilmu 'LAND SURVEY' pada tahun 2011-2013. Banyak kenangan yang sukar di simpan disini. Ada yang indah dan ada yang memeritkan.

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah adalah tempat pertama yang iyda tuju selepas keluar dari kampung. Jika tidak iyda hanya duduk di kampung...hehe.. :)
Di sini iyda banyak belajar erti kehidupan, persahabatan, percintaan dan kasih sayang... *sob..sob... ;( Rindu sgt...*





Setelah 1 tahun berlalu, kenangan yang ada masih berbaki di hati... Semua itu harus dipadam kan daripada fikiran. Jatuh cinta pada insan yang salah, bertemu dengan rakan yang ambil kesempatan, menjalinkan persahabatan dengan rakan yang tikam dari belakang membuatkan iyda semakin kenal erti kehidupan.


Semua kenangan yang berlalu, walau ada yang menyakitkan, namun di sinilah tempat bermulanya iyda kenal erti kehidupan. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ada sejarahnya yang tersendiri di hati iyda... :)